Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Monday, December 5, 2011

Latihan BELEBAT: Keperluan Untuk Murid.

     Didalam latihan Warisan Pukulan Mat Kelang(WPMK), perkara pertama yang diambil perhatian untuk murid baru adalah latihan belebat atau asas. Disini pengamal akan didedahkan dengan latihan berbentuk drill yang boleh diamalkan di gelanggang dan rumah. Latihan ini bermula dari pengenalan buah Hujung iaitu pengenalan bentuk senjata tangan yang digunakan. Kebiasaannya, guru tidak akan menunjukkan bentuk buah Hujung yang berlainan pada murid baru, sebaliknya hanya menunjukkan Buah hujung Genggam menumbuk iaitu kepalan secara songsang(menggunakan BUKU LIMA UNTUK MENGENA). Namun dalam memberi pengenalan buah Hujung ini, sewajarnya ia perlu diberi penerangan ringkas mengenai pelbagai bentuk buah hujung asas seperti dibawah:

1.       Genggam Penumbuk
2.       Tetak
3.       Tampar dan Telapak
4.       Cucuk @ Tikam
Terdapat juga buah Hujung tambahan yang akan diberikan kepada murid apabila sampai waktunya.

   Didalam latihan Belebat juga, kita akan didedahkan kepada KAEDAH belebat iaitu Songket, Sebat, Buah Sulong dan Tunda. Namun, kebanyakan guru-guru WPMK hanya menumpu kepada Songket dan sebat, kerana ia sangat penting dalam WPMK ini. Perkara ini memang terjadi juga kepada saya semasa berlatih dengan Guru Abbas dan Guru Leman. Kepentingan dua buah ini akan merujuk kepada kepentingan "Ibu Pukulan". Mengikut WPMK ini, terdapat 7 Belebat selain dari 4 diatas.

   Seterusnya Latihan akan berpindah kepada permainan Langkah asas yang terbahagi kepada 3 iaitu Langkah Satu(Maju-Undur), Langkah Dua(Melangkah-pusing) dan Pecah Empat. Meskipun begitu, 3 langkah ini adalah langkah belebat yang minima sekali diajar pada murid, memandangkan langkah WPMK ini ada 5 asas langkah kesemuanya dan  3 tambahan langkah untuk menjadi guru. Malahan ada beberapa langkah yang dipecah sehingga menjadi 2-4 langkah, kerana ia untuk memahirkan murid tersebut sehingga boleh bermain langkah campur. Sebenarnya didalam langkah ini, terdapat banyak intipati pengajaran Mat Kelang, namun dengan berlatih kelapan-lapan langkah, insyaAllah gerak kita didalam WPMK menjadi bertambah mahir dan cekap.

Berikut adalah langkah Asas yang disebutkan:

1.       Langkah Satu(Maju dan Undur).
2.       Langkah Dua( Melangkah Pusing).
3.       Langkah Tiga(Tapak Tiga Dalam) 1, 2, 3 dan 4.
4.       Langkah Empat(Pecah Empat) 1, 2 dan 3.
5.       Langkah Lima(Perahu kolek dan Tapak tiga Luar) 1(2) dan 2.


     Jika anda diajar 3 langkah sahaja instead 5 langkah, jangan bimbang kerana langkah itu akan diajar dalam latihan buah Asas, Pecahan dan Inti. Tapi kalau diajar Buah Asas sahaja, alamatnya: LU PIKIR LA SENDIRI...Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan murid mendapat gerak sebenar seperti yang dihajati oleh guru-guru tua. Kebanyakan orang yang mengaku tahu tentang Mat Kelang mudah menyebut di lidah tentang sifat Mat Kelang seperti "Suka pukul aurat la","telur-mata la","Pukul telur la..."tetapi sebenarnya ia lebih dari itu,bukan semata itu. Apa yang pasti, jika betul pelaksanaan latihan dan penerangan, akan tepatlah kefahaman...

Wallaahu A'laam...

No comments:

Post a Comment