Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Monday, December 5, 2011

WPMK: Asal dari China?

     Terdapat persoalan yang berlegar dari minda anak-anak WPMK tentang asal-usul permainan ini. Menurut dari Guru Abbas, beliau mendengar dari pertuturan almarhum Mat Kelang bahawa permainan ini asal dari Negara China. Dari kalangan guru Aliran Tek Bong, ada pula mengatakan ia berasal dari gerak ciptaan Mat Kelang sendiri, hasil dari pembelajaran Mat Kelang terhadap permainan Melayu Bugis, serta pembelajaran Almarhum di Negara China sendiri..

Mat Kelang pernah pergi China???

Benar, menurut Pak Abbas.

     Pak Abbas telah menceritakan pada awal usia, Almarhum memang mempelajari  pelbagai ilmu zahir dan Bathin. Beliau telah mendalami kebatinan dari pelbagai pihak, sehingga telah mencapai tahap yang tinggi, seperti dalam ilmu gagah, ilmu meringankan badan, penggunaan wafak dan lain-lain.Dalam ilmu pukulan ini, diceritakan bahawa beliau berkelana ke indonesia, kepulauan Riau,ke india dan China. Semasa berkelana itulah, beliau telah mempelajai ilmu pukulan dari pelbagai tempat dan bangsa. Pernah semasa hari  kematian Anakanda Almarhum Mat Kelang, iaitu Almarhum Hj Jantan, terdapat seorang tua tinggi yang hitam kulitnya, telah berziarah ke rumah Arwah dan mempekenalkan dirinya sebagai adik seperguruan Almarhum Mat Kelang  dari Riau. Pada masa itu, tiada siapa yang mengenali beliau, dan beliau datang dalam keadaan entah dari mana. Kisah ini diceritakan oleh En Mamat kepada saya, sewaktu bertandang ke rumahnya. Sekurang-kurangnya kitaboleh mengiyakan bahawa Almarhum Mat Kelang telah merantau di bahagian kepulauan Melayu kerana ingin mendapatkan ilmu persilatan.

     Terdapat satu dakwaan mengatakan kononnya, jika orang cina melihat permainan Mat Kelang, mereka akan mengatakan itu adalah permainan orang-orang tua cina dahulu. Sebenarnya ini mengarut dan pembohongan dari orang-orang yang suka dakwa-dakwi. Mana ada orang cina kata begitu, kalau ada orang kata begitu, sudah pasti Mendiang Tek Bonglah yang berkata demikian! Tapi Mendiang tak pernah mengatakan demikian, walaupun beliau adalah seorang Cina Baba yang mahir dengan persilatan, kung fu dan lain-lain. Disini letaknya Hints yang menunjukkan permainan ini agak berbeza dari permainan Pengaruh Cina. Kalau sama, takkanlah Mendiang Lee Tek Bong dan muridnya tak nampak. Namun, Permainan ini memang  mempunyai sedikit pengaruh permainan Cina, kerana apabila anda menyebut permainan ini dari Cina, sepatutnya WPMK mempunyai pecah @ dipanggil Quan/kata/Forms tertentu. Jika anda meneliti permainan Kuntau dan Lian, Anda akan mendapati wujud Pecah Kuntau dan Latihan Lian 12. Namun, dalam WPMK, perkara ini wujud, iaitu latihan belebat pecah empat yang sangat mudah dan agak identik dengan Quan/Forms. Disamping itu, jika anda mempelajari kaedah yang betul dalam WPMK, kekuda adalah satu elemen yang penting, dan permainannya bukan permainan yang tinggi, serta latihan yang lebih kerap pada buah yang menggunakan tangan. Sebenarnya, ini merupakan elemen yang sama dalam kungfu aliran Selatan, yang menekankan kepentingan kekuda yang kukuh dan mengutamakan penggunaan tangan. Sekurang-kurangnya, kita boleh bersetuju mengatakan permainan ini mempunyai pengaruh Cina, namun bukan keseluruhan. Walaubagaimanapun, terdapat juga pembawaan sesetengah aliran WPMK yang menyebut kekuda tidak ada, dan gerak agak rendah...saya tidak mengatakan ia salah, mungkin guru yang mengajar itu mempunyai kefahaman yang tersendiri.

    Hakikatnya, Dalam WPMK ini, kita sangat ditekankan akan kefahaman buah itu sendiri. Apabila kita memerhatikan senarai buah dan peringkat buah itu sendiri, akan wujud satu analisa yang jelas, bahawa WPMK ini mempunyai elemen permainan Bugis seperti Pukulan Sendeng dan Pukulan Bawean.  Disini, perlu difahami, bahawa permainan yang dibawa bugis adalah permainan berjarak dekat. Dulu, sewaktu saya bersama Guru Arwah Hj Ismail, beliau menceritakan bahawa permainan seperti Sendeng adalah permainan didalam peperangan, Kata Beliau, jika anda melihat Pesilat Sendeng memasang pukul, anda boleh membayangkan bahawa tangan dihadapan memegang perisai dan tangan yang melapis adalah tangan yang bersenjata. Maka boleh disimpulkan keadaan badan yang dipasang sewaktu bersenjata adalah sama sewaktu tanpa bersenjata. 

     Apabila Bugis menyerang, mereka tidak akan menyerang dalam keadaan menahan atau berjarak Jauh. Apa yang berlaku adalah mereka akan masuk sehampir mungkin pada musuh, ibarat hampir berlaga kepala dengan kepala @ mainannya sejengkal dari Ulu Hati Musuh. Geraknya juga kurang menepis dan membuang, sebaliknya menggabungkan elemen Menunggu dan Menyerang dalam satu Gerak, Bahkan bersifat menyerang/menyerbu dalam satu arah, menjadikan musuh tidak bersedia dan lintang pukang. Sebab itu, Pahlawan dan hulubalang Bugis sangat digeruni musuh penjajah dan Orang Tanah Melayu sendiri. Manakan tidak, mereka boleh datang tanpa diduga, alih-alih sudah ada depan mata! Untuk makluman tambahan, Almarhum Mat Kelang sendiri adalah berketurunan Bugis. Dari pemerhatian Gerak dan buah WPMK ini, dapat saya simpulkan bahawa elemen pukulan melayu terutama dari Warisan Ilmu Perang Tanah Ugi wujud, kerana karakter dan petua pukulannya adalah identik.

Secara Umumnya, kita boleh bersetuju apabila memperkatakan bahawa WPMK mempunyai pengaruh Cina. Malahan ia juga mempunyai pengaruh permainan Bugis yang ketara. Saya suka membandingkan ia dengan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dan Buah Pukul Mersing, kerana didalam sendeng, terdapat elemen Kuntau(yang mirip dengan Aliran Cina) dan  Elemen Bugis(Sendeng serta kaedah 7 hari), manakala Lian pula, mempunyai latihan Lian(Syed Abdul Rahman AlYunani yang berasal dari Yunnan @ tanah besar China membawa latihan Lian yang semestinya berbentuk kecinaan) dan juga susunan buah pukulnya yang diwarisi dari Almarhum Awang Daik dan Pak Long Mat Yassin, yang mana kedua-dua guru besar ini adalah pengamal gerak Sendeng dan Sunting. Mungkin kerana saya sendiri mempelajari Sendeng dan Lian, alhamdulillah, ia menyebabkan saya dapat meneliti gerak dan permainan WPMK melalui pemahaman mengenai falsafah gerak Bugis/Melayu dan Gerak Cina. Maka kita boleh panggil pukulan ini Hybrid,hehehe.

Jadi Adakah Permainan ini permainan Melayu?

     Ya, ia permainan Melayu kerana Gurunya(Almarhum Mat Kelang) adalah Melayu Bugis, yang telah mengajar anak-anak Melayu dan Bukan Melayu akan buah-buah pukulan hasil dari pembelajaran Guru itu sendiri terhadap pelbagai gerak dan permainan bangsa Cina,Melayu dan lain-lain.Ia menunjukkan betapa tinggi kefahaman guru-guru kita dalam menuntut ilmu dan mampu menerbitkan imu yang bermanfaat dan berkesan. Kesan ini masih wujud hingga sekarang apabila kita melihat ramai anak-anak WPMK, baik melayu dan bukan Melayu  mempunyai perguruan sendiri dan menggabungkannya dengan Gerak lain yang telah dipelajari. Ini tidaklah salah, kerana Guru -guru kita terdahulu telah melakukan perkara yang sama....TAK SALAH JIKA GERAK  INGIN DISATUKAN ASAL FAHAM APA YANG BOLEH DISATUKAN...

Alfatihah buat guru-guru WPMK yang telah meninggalkan kita, kerana mereka ibarat Pelita buat kita semua...

Latihan BELEBAT: Keperluan Untuk Murid.

     Didalam latihan Warisan Pukulan Mat Kelang(WPMK), perkara pertama yang diambil perhatian untuk murid baru adalah latihan belebat atau asas. Disini pengamal akan didedahkan dengan latihan berbentuk drill yang boleh diamalkan di gelanggang dan rumah. Latihan ini bermula dari pengenalan buah Hujung iaitu pengenalan bentuk senjata tangan yang digunakan. Kebiasaannya, guru tidak akan menunjukkan bentuk buah Hujung yang berlainan pada murid baru, sebaliknya hanya menunjukkan Buah hujung Genggam menumbuk iaitu kepalan secara songsang(menggunakan BUKU LIMA UNTUK MENGENA). Namun dalam memberi pengenalan buah Hujung ini, sewajarnya ia perlu diberi penerangan ringkas mengenai pelbagai bentuk buah hujung asas seperti dibawah:

1.       Genggam Penumbuk
2.       Tetak
3.       Tampar dan Telapak
4.       Cucuk @ Tikam
Terdapat juga buah Hujung tambahan yang akan diberikan kepada murid apabila sampai waktunya.

   Didalam latihan Belebat juga, kita akan didedahkan kepada KAEDAH belebat iaitu Songket, Sebat, Buah Sulong dan Tunda. Namun, kebanyakan guru-guru WPMK hanya menumpu kepada Songket dan sebat, kerana ia sangat penting dalam WPMK ini. Perkara ini memang terjadi juga kepada saya semasa berlatih dengan Guru Abbas dan Guru Leman. Kepentingan dua buah ini akan merujuk kepada kepentingan "Ibu Pukulan". Mengikut WPMK ini, terdapat 7 Belebat selain dari 4 diatas.

   Seterusnya Latihan akan berpindah kepada permainan Langkah asas yang terbahagi kepada 3 iaitu Langkah Satu(Maju-Undur), Langkah Dua(Melangkah-pusing) dan Pecah Empat. Meskipun begitu, 3 langkah ini adalah langkah belebat yang minima sekali diajar pada murid, memandangkan langkah WPMK ini ada 5 asas langkah kesemuanya dan  3 tambahan langkah untuk menjadi guru. Malahan ada beberapa langkah yang dipecah sehingga menjadi 2-4 langkah, kerana ia untuk memahirkan murid tersebut sehingga boleh bermain langkah campur. Sebenarnya didalam langkah ini, terdapat banyak intipati pengajaran Mat Kelang, namun dengan berlatih kelapan-lapan langkah, insyaAllah gerak kita didalam WPMK menjadi bertambah mahir dan cekap.

Berikut adalah langkah Asas yang disebutkan:

1.       Langkah Satu(Maju dan Undur).
2.       Langkah Dua( Melangkah Pusing).
3.       Langkah Tiga(Tapak Tiga Dalam) 1, 2, 3 dan 4.
4.       Langkah Empat(Pecah Empat) 1, 2 dan 3.
5.       Langkah Lima(Perahu kolek dan Tapak tiga Luar) 1(2) dan 2.


     Jika anda diajar 3 langkah sahaja instead 5 langkah, jangan bimbang kerana langkah itu akan diajar dalam latihan buah Asas, Pecahan dan Inti. Tapi kalau diajar Buah Asas sahaja, alamatnya: LU PIKIR LA SENDIRI...Bukan mudah sebenarnya untuk memastikan murid mendapat gerak sebenar seperti yang dihajati oleh guru-guru tua. Kebanyakan orang yang mengaku tahu tentang Mat Kelang mudah menyebut di lidah tentang sifat Mat Kelang seperti "Suka pukul aurat la","telur-mata la","Pukul telur la..."tetapi sebenarnya ia lebih dari itu,bukan semata itu. Apa yang pasti, jika betul pelaksanaan latihan dan penerangan, akan tepatlah kefahaman...

Wallaahu A'laam...

Saturday, December 3, 2011

JANGAN MEMBABI BUTA!

Sebenarnya lama saya tak menulis dalam blog. Memang saya agak sibuk apabila pulang balik ke Melaka,tetapi ada sebab lain  mengapa saya tak menulis...Sebenarnya tujuan blog ini dibuka adalah untuk menjulang dan menghayati semangat yang ada dalam warisan pukulan Mat Kelang, tak lebih dari itu. Saya berhasrat menjadikan blog ini salah satu wadah untuk setiap anak Mat Kelang mencari dan menyelami warisan sejarah dan kisah-kisah orang lama. Disamping itu, ia boleh menjadi medan perbincangan mengenai KESAHIHAN dan KEBENARAN setiap tulisan yang ada dalam blog ini. Seperti yang saya sebut dalam entry pertama:

" Saya adalah salah seorang pewaris Permainan Mat Kelang yang berniat untuk Menyebarluaskan sejarah, lagenda, mitos dan dongeng yang melibatkan Permainan Mat Kelang ini. Mengapa saya menyebut "sejarah, lagenda, mitos, dan dongeng"? Ini  kerana didalam perguruan-perguruan yang mengaku memiliki Permainan Mat Kelang, terdapat banyak kisah yang boleh diklasifikasikan sebagai sejarah Permainan, lagenda-lagenda Mat Kelang yang banyak diceritakan oleh guru-guru aliran Mat Kelang, malah terdapat juga mitos atau kisah dongengan yang didakwa oleh guru-guru ini....."

Alhamdulillah, saya mendapat panggilan dari beberapa rakan baru yng meneliti blog ini dan memberi maklumat serta komen terbaru mengenai sejarah dan permainan. Ada yang menelefon kerana ingin belajar, ada yang menelefon maki tak tentu fasal pun ada. Inilah perkara yang saya harapkan dimana apabila ada perbincangan dan perkongsian sejarah, maka terbukalah kisah-kisah yang kita tidak tahu. Inilah hikmahnya.

Tetapi ada juga perkara yang saya kurang senang dari kesan blog ini ditulis. Saya masih teringat pada Januari 2011 apabila ada seorang yang mengaku keturunan Mat Inchi menelefon saya dan marah-marah tentang perkara yang saya tulis. Saya kata apa masalahnya, kerana Mat Inchi yang saya tulis tidak berbau sebarang penghinaan atau cercaan, sebaliknya menceritakan kehandalannya dalam menangani Mat Kelang! Tapi sahabat kita ni meracau dan merapu tentang permainan Mat Inchi,mendakwa belajar gayong lah,pernah bertemu murid Mat Inchi di Chow Kit lah....kesudahannya beliau mengutuk Guru Pak Abbas. Saya rasa kasihan dengan penelefon ini. Adakah beliau Gila atau Masuk air, saya pun tak tahu. Tapi yang pastinya saya berseloroh dengan dia, mengatakan datanglah  Melaka dan kita boleh bincang, sebab tujuan saya menulis adalah untuk mencari kisah-kisah, bukan nak cerita merapu macam dia. Tup-tup dia marah dan berjanji akan buka blog lain untuk cerita yang sebenar. Saya kata buatlah, saya pun nak tengok juga. Namun sampai hari ni tak buat blog....

Ramai juga yang hubungi saya untuk bertanyakan bab pembelajaran Pukulan dan ada juga yang ingin belajar. Tetapi ada juga yang bertanya tentang status Guru-guru tertentu. Saya menerangkan serba sedikit tentang permainan guru-guru terbabit dan mengharapkan agar pihak yang bertanya faham tentang permainan mereka yang sebanar. Bahkan terdapat juga rakan-rakan yang menghubungi saya dan menerangkan guru-guru yang tidak saya kenali..Alhamdulillah, dapat saya tahu guru-guru ini dan perkembangannya. Namun ada juga yang salah faham dan tersalah menuduh saya dengan tuduhan yang tak berasas.
Pernah ada seorang Gila yang mengaku namanya Pendekar Pidie, memarahi saya dalam mesej mengatakan saya keparat,menjual buah, mencari nama dan lain-lain. Saya tanya beliau ini siapa dan mengapa marah-marah macam baru lepas period (datang bulan). Saya cuba hubungi beliau berkali-kali tetapi tidak diangkat(pengecut). Akhirnya beliau mengatakan dalam mesej bahawa beliau marah-marah kerana mengatakan saya telah menunjukkan buah Mat Kelang dalam Youtube. Saya membidas orang Gila ini dengan mengatakan yang video-video dalam youtube itu adalah perbuatanorang lain, bukan saya. Tetapi pendekar gila ini dok marah saya dan mengatakan beliau dari Setulang laut , JB.  Bila saya Scan, baru saya kenal orang gila ini sapa. Tapi saya tak kisah, sebab beliau ini pun memang bodoh dan nak tolong kengkawan kononnya (Bodoh la kau). Lepas itu mengajak saya untuk bersua muka di Melaka pada 30 hb Oktober...tetapi Sampai hari ini, Pendekar Gila ini tak jumpa dengan saya...