Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Friday, December 3, 2010

Sembah Muhibbah Pada Guru: ABAS BIN DAGANG(PAK ABAS) BAH. 1

Disini ingin saya perkenalkan kepada anda salah seorang guru aliran Pukulan Mat Kelang yang masih ada di bumi Melaka saat ini. Beliau merupakan salah satu guru tua Permainan Mat Kelang yang masih hidup dan pernah menemui Almarhum Mat Kelang sendiri, bahkan menuntut kepada Arwah sehingga tamat dan seterusnya diamanahkan untuk mengajar di kawasan Selandar.

Nama penuh beliau adalah Abas Bin Dagang, dilahirkan di Kampung Selandar pada tahun 03 Januari 1933.Ayahanda beliau bernama Dagang Bin Ali manakala ibunya bernama Sakniah Binti Putih. Merupakan salah seorang berketurunan Bugis, dan apa yang lebih manis, beliau juga merupakan anak saudara kepada Arwah Mat Kelang. Ini kerana ibunya adalah kakak kepada Besah Binti Putih, yang berkahwin dengan Arwah Salim Bin Sulong, adik kepada Arwah Mat Kelang.

Pendidikan awal Pak Abas bermula dari sekolah Jepun, seterusnya ke sekolah melayu.Beliau telah mula belajar permainan ini sewaktu berumur 14 tahun(1947) di halaman rumah Mak Nah,iaitu salah seorang anakanda kepada Arwah Mat Kelang. Arwah Mat Kelang sendiri yang datang mengajar di halaman ini, dimana kebanyakan muridnya adalah anak jati Selandar sendiri. Malah, ayahanda Pak abas juga menuntut dengan Arwah Mat Kelang di halaman yang sama. Pak abas telah belajar bersama-sama dengan orang-orang tua di Selandar dan melihat sendiri bagaimana latihan belebat/jurus dibuat,latihan pukulan serta pecahan yang dibuat. menurut pak Abas, kebanyakan murid Arwah Mat Kelang ditamatkan selepas 7 pukulan disampaikan dan ia ditamatkan dengan syarat membawa pulut dua kati,kelapa dua biji dan ayam kampung seekor,disembelih oleh guru(ini ada rahsianya), serta sejumlah pemasin (saya sendiri ditamatkan dengan cara begini dan ayam saya adalah ayam hitam yang saya beli dengan Pak Abas sendiri ! hehe). Kemudian, bahan itu dibuat lauk, diadakan satu majlis, dan guru akan menyampaikan pesan serta pemutus dibuat. pak Abas juga menceritakan bahawa Arwah Mat Kelang sentiasa mengajar di berlainan tempat, sehingga kadang-kadang agak sukar untuk melihat beliau mengajar di satu-satu tempat dalam tempoh yang lama. Namun, apabila sudah sampai masanya, Mat Kelang akan turun untuk memutus muridnya di satu-satu gelanggang.

Diceritakan oleh Pak Abas, sewaktu beliau bersama dengan Mat Kelang, beliau telah mendengar bahawa Mat Kelang mengatakan permainan ini berasal dari pembelajaran beliau dengan guru bugis dan permainan Cina. Dan walaupun beliau mengajar, beliau tidak akan mengajar semua perkara pada satu-satu murid, terutama bukan bangsa Melayu. Hanya murid terpilih yang akan diajar. Disebabkan itu,Pak abas telah memujuk Arwah Mat Kelang untuk mengajar beliau permainan tambahan.Pada asalnya Arwah menolak, tetapi Pak abas berkata" Jika Abeh bertumbuk di Jalan dan jatuh kerana kalah,nanti malu Abeh nak kata Abeh belaja ngan Pak Mat,orang gelakkan Abeh..yang jatuh bukan sapo laie,anak buah Mat Kelang jua!" dikatakan, selepas dua minggu, Arwah Mat Kelang telah memanggil Pak Abas dan mengajarnya!

Arwah Mat kelang telah mengajarnya tambahan pukulan dan pecahan, serta ibu kepada asas pukulan. Jika dikira dari senarai ,ia memang lebih dari 7 pukulan serta rahsia dan falsafahnya..Tetapi jujur dari ilmu yang saya tuntut ,pecahan dan tambahan itu tetap berbalik kepada pukulan asas yang 7, dan rahsianya tetap ada pada yang tujuh itu dan latihan langkah Mat Kelang. Saya pernah bersua dengan aliran yang mengajar sehingga 14 susunan pukulan, dan ada yang saya jumpa mendakwa tamat sehingga 10 pukulan....tapi terus terang saya kata, sebenarnya jumlah Buah pukul yang ada lebih dari tu...belajar-balajarlah ya.. Namun :

"Yang indah itu biasanya tujuh  susunan,tujuh lapisan .."

Selepas tamat, beliau telah berdamping dengan Arwah sehingga berumur 16 tahun. Pada Waktu itu, beliau telah pergi ke Banda Hilir untuk memohon masuk ke dalam rekrut British Army yang didatangkan khas dari Singapura, masa itu mereka tengah mencari seramai 30 orang rekrut baru di Melaka.. Diceritakan bahawa beliau telah lepas kesemua ujian fizikal beliau, namun apabila pihak tentera melihat umurnya,mereka menolak beliau. Selepas merayu, beliau tetap ditolak dari menjadi askar. Selepas insiden itu, Pak abas telah pergi ke sebuah kedai kopi mamak dan minum disitu. Ditakdirkan datang seorang lelaki yang tidak dikenali dan bertaya beliau kenapa wajah beliau muram.Beliau menceritakan masalah yang dihadapi. Tiba-tiba lelaki itu meminta passport(IC) Pak Abas, dan memadam bahagian umur serta menukar umurnya kepada 18 tahun(time tu boleh main ubah-ubah , pasal tulis tangan!), selepas itu beliau disuruh bertemu dengan pegawai tentera. Apabila disuakan passport itu,pegawai tadi terkejut dan tersenyum. Akhirnya beliau diizinkan untuk menyertai rekrut tersebut. Pada esoknya, beliau bertolak ke Singapura dan sampai di Beach Road.Beliau telah melaporkan diri di Nee Soon dengan menaiki lori Sayur. selepas dilatih selama 4 bulan, beliau dihantar ke Kem Alexander.


Bersambung................