Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Wednesday, November 17, 2010

Dalil menuntut PUKULAN menurut Islam BAH 3: PASANG

Sambungan Dari BAH 2. (SILA BACA DAHULU BAH 1  dan 2,  kerana ia menerangkan tentang NIAT,PUKUL dan BUNUH.)

Dalam kaedah pukulan, apa saja gerak, gayang , langkah, yang dimulakan oleh anggota TIDAK akan tercetus, jika tiada NIAT.Jika anda faham ini,maka anda berada di zon PASANG. PASANG bererti WASPADA atau SIAP SEDIA.

Dalam Islam, sikap PASANG ini dipanggil HAZAR dimana sikap HAZAR adalah satu sunnah Rasulullah SAW. Perintah menjaga hazar dapat digali dalam sirah baginda saw, iaitu yang masyhur adalah ketika baginda berhijrah ke madinah bersama-sama sahabat setianya Abu Bakar r.a. Para ulama’ berpendapat bahawa tindakan Nabi saw berhijrah bersama-sama dengan Abu Bakar r.a. dalam keadaan HAZAR (WASPADA) dalam suasana malam dan sunyi. Nabi saw mengamalkan hijrah dalam keadaan rahsia walaupun baginda sentiasa dipelihara oleh Allah. Ini menunjukkan bahawa taktik dan strategi HAZAR adalah sunnah yang patut diamalkan. Sama juga dengan tindakan Saidina Umar r.a. yang berhijrah dalam keadaan mengisytiharkan dirinya dalam keadaan pedang terhunus, bukan juga menunjukkan tindakannya adalah keterlaluan ataupun jahil, tetapi sebagai petanda bahawa Umar SUDAH BERSIKAP PASANG iaitu beliau memang sudah mempunyai kemahiran perang seperti ilmu gelut bangsa Arab dan senjata pedang(kita disini kira ilmu pukulan lah andalan kita, kalau Arab, permainan mereka ialah ilmu gelut.).

Selain itu dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:
“Jika engkau Muhammad berada di antara mereka yang Islam, lalu ingin mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri solat besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat bersamamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah datang golongan kedua yang belum bersembahyang, lalu bersembahyanglah mereka denganmu dan hendaklah mereka bersiap siaga dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus, dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu menanggung sakit, dan siap sedialah kamu. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang hina bagi orang-orang kafir.” (An-Nisa’ : 102)

Dan bersiap sedialah sekuasa kamu daripada segala kekuatan dari pasukan berkuda yang bersedia bagi menakutkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh –musuh lain yang kamu tidak ketahui sedang Allah mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasan bagi kamu, dan kamu tidak akan dizalimi.” - Al Anfal 60

Dalam PUKULAN, kita menghimpun PASANG pada yang satu nama iaitu PASANG 7 atau PASANG MAANI, terhimpun padanya:

a. Waspada pada BASHAR(penglihatan) kita yang meliputi alam syahadah dalam satu renungan, menunggu gerak musuh yang satu atau berbilang.Ini yang utama dan pangkal segala PASANG yang 5. "mata itu raja"

b. Waspada pada SAMA'(pendengaran) kita yang meliputi segala bunyi dan angin dalam, menunggu gerak dari diam musuh, yang mewujudkan bunyi serta deruan angin. Ini yang kedua dan menjadi pangkal jika sudah tiada BASHAR pada indera. "Cakap Siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar"

c. Waspada pada ILMU(ilmu) kita yang meliputi segala pengetahuan kita tentang hajat musuh dalam sedar atau tidak. Seperti tindak tanduk yang syak,yang wajar diwaswaskan pada hati kita. "sekilas ikan di air,kutahu jantan dan betinanya"

d. Waspada pada KALAM(perkataan) musuh yang meliputi segala kalam musuh yang cabul dan kepalang ajar merendahkan martabat dan aqal kita. Ini dipanggil "pukul dulu baru bincang"

e. Waspada pada HAYAT(hidup) musuh yang meliputi sebarang gerak dan gayang musuh yang dihidupkan, maka wajib membatalkan Hayat(HIDUP) dengan Maut(BUNUH). Kalau kena pukul curi, kita tetap BUNUH.. "makan gerak"


f. Waspada pada QUDRAT(kekuatan) musuh iaitu jika ada kelebihan musuh dari kita,maka wajib mengetahui apa lebihnya musuh dari kita ,maka kita jadi hati-hati, serta akan melihat gerak dan geri musuh sambil berkira-kira, dalam menunggu masa untuk BUNUH. "jangan membabi buta"

g. Waspada pada IRADAT(kehendak) musuh meliputi sebarang gerak dan gayang musuh, yang menjabat(menyentuh) badan kita, tiada redha kita atas kehendak jabat geraknya, maka wajib melapis,mengelak atau bunuh setiap jabat geraknya di tubuh kita. "Haram disentuh"

PASANG KEMUDIAN PUKUL ,  NAMANYA PUKUL MENANTI.
PUKUL KEMUDIAN PASANG ,  NAMANYA PUKUL BERLARI.
PASANG SAMBIL MEMUKUL ,NAMANYA PUKUL SAMPAI MATI...

No comments:

Post a Comment