Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Friday, October 1, 2010

Sembang Agama untuk yang bukan Wahabi.

Hendaklah dihadapkan kiblat tubuh itu kepada Kaabah.

Inilah satu fasal mengenai dengan kiblat iaitu pertama kiblat tubuh yg sembahyang itu menghadapkan tubuh yg sembahyang itu menghadap kiblat maka tiada sah sembahyangnya tanpa menghadap kiblat tersebut yakni dikehendaki dada, segala urat daging dan darahdijadikan Kaabah sebagai kiblat untuk umat Islam menyembah Allah Taala kerana tatkala dihadikan roh segala hamba dihadirkan mereka itu faham, akal dan lidah (kalam) yang fasih supaya dapat menyahut firman Allah ...Alastu birobbikum Bukankah aku Tuhanmu...maka kata semua makhluk..Qolu Bala...Engkaulah tuhan kami...

Maka tatkala ikrar itu disebutkan pada mula dijadikan Allah taala batu.

Maka firman Allah taala .mereka itu sujudlah maka dihantar hajar Aswad dikanan pintu kaabah yg menjadi kiblat kepada manusia.

Maka tempat itulah dijadikan kiblat tempat sujud dan jangan iqtikadkan bahawa Allah Taala itu mempunyai tempat, maka Maha Suci Allah Taala itu ditentukan pada suatu tempat atau sembahyang menghadap batu. Jikalau tiada dalil itu diketahui sedemikian itu sama seperti menyembah kayu dan batu didalam kelambu yang tiada memberi menafaat melainkan pada syariat jasad yang dihadapkan kepada Allah Taala.

Kiblat Hati itu kepada Tuhan Kaabah maka engkau iqtikadkan bahawa Allah Taala itu tiada ia di Kaabah. Tiada dikiri, tiada ia dikanan tiada ia dihadapan dan tiada ia di belakang dan tiada ia diatas dan dibawah. Tiada ia bertempat tetapi meliputi sekelian Alam ini daripada pihak

Ahadus Somad ( bergantung pada satu ) yakni bahawa senya Allah Taala jua meliputipada sekelian alam ini iaitu membawa makna Allah Taala jua besertakannya di barang mana kamu berada. Jikalau demikian itu nyatalah Allah Taala itu tiada dapat ditentukan ia pada sesuatu tempat jua pun. Yakni sentiasa hadir dan Nadhir jua adanya.

Demikianlah pada iqtikad kita akan menghadapkan hati kita pada Allah Taala.
Kiblat Nyawa kita kepada Rahsia atau Zat Allah Taala semata-mata kerana nyawa itu sentiasa tiada bercerai dengan Tuhannya.

Nyawa itu dianugerah dengan beberapa sifat.

1) Hayat - Hidup kita dengan Hayat Allah Taala.
Sifat ilmu itu dihantarkan kepada hati (aqal) maka jadi tahu kita dengan ilmu Allah.
2) Qudrat - sifat qudrat pada anggota dengan kudrat Allah Taala.
3) Iradat - ia dihantar kepada nafsu maka jadilah berkehendak kita dengan iradat Allah taala


Maka tatkala engkau ketahui akan hal yanq sedemikian itu, hendaklah engakau fanakan diri dan karamkan segala perbuatanmu itu kedalam afaal Allah.

Yakni hanya afaal Allah Taala semata mata tiadalah afaal kita lagi.

Hendaklah hapuskan dan karamkan sifat hamba itu didalam sifat Allah maka tinggalah sifat Allah semata mata maka tiadalah lagi sifat kita. Maka hendaklah hapuskan dan karamkan zat kita itu didalam zat Allah maka tinggalah Allah semata mata, maka ketika itu maujud kita melainkan zat Allah Taala, sifat Allah dan Afaal Allah semata mata yang ada. Kerana itu kembalilah ia kepada Adam yang sediakala iaitu maka tatkala itu kita katalah Allahuakbar. Inilah kalimah pertama Adam sebut apabila beliau menilik kesempurnaan dirinya dan kalimah inilah permulaan kepada Solat.


Bermula diketahui olehmu, hei salik kesempurnaan sembahyang itu makam segala abid dan mikraj segala arifbillah, munajat segala salik dan tawakal pada Allah Tuhan sekelian Alam.

Adapun dinamai munajat itu, itulah berkata kata pada menyatakan rahsia yakni mengembalikan amanah kepada yang mempunyai amanah seperti doa iftitah...wajjahtu....

Telah kuhidupkan cinta hatiku kepada Tuhan yang menjadikan 7 petala langit dan bumi pada hati yang suci dan sejahtera tiada lagi menduakan Tuhan bahawasanya Sembahyang, hidup dan matiku bagi Allah Taala jua Tuhan sekelian Alam. Tiada sekutu baginya dan kepadanyalah dan kepadaNyalah aku serahkan aku ini maka adalah aku ini drp menyerahkan diriku hapus keadaan hamba itu didalam keadaaan Haq Allah Taala , maka inilah sampai ia ke Tabdal.

Telah hapuslah dan bertukarlah sifat keji kepada sifat kepujian. Maka tatkaka kita membaca Fatihah itu hendaklah dilakukan bacaannya kepada qalam yang bukan huruf dan suara iaitu dinamai Mutakalif Wahdah.

No comments:

Post a Comment